Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Isnin, 28 Mac 2011

Nasihat Luqman Hakim kepada anaknya...


  1.  Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia yang karam di dalamnya. Apabila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang  bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.
  2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
  3. Hai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah dalam ibadat dan taat kepada Allah, maka dia tawaduk kepadaNya., dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.
  4. Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya hutang itu boleh menjadikan dirimu hina di siang hari dan gelisah di waktu malam.
  5. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai kepada Allah. Takutlah kepada Allah yang sebenar-benar  takut. Tentulah engkau akan terlepas dari sikap berputus asa terhadapNya.
  6. Jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung padahal sedikit sahaja berdusta telah memberikan akibat yang berbahaya.
  7. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu, alangkah lebih baiknya makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  8. Hai anakku!, bukanlah suatu kebaikan namanyanya bilamana engkau selalu mencari ilmu, tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tak ubah baginya bagaikan seorang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat untuk memikulnya padahal ia masih menambahnya.
  9. Apabila engkau menemukan kawan sejati, maka uji lah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
  10. Selalu baiklah tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang berharga.