Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 25 Jun 2011

@Jadilah pasangan yang bertakwa@

  1. Tidak sombong dengan kekayaan dunia seperti pangkat, harta , kecantikan serta tawaduk orangnya.
  2. Sentiasa mengamalkan sifat qanaah dalam diri dimana sentiasa mengamalkan sikap bersyukur dan cukup dengan apa yang ada, tidak bersifat tamak, sentiasa bersikap adil dan selalu memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T
  3. Bersikap warak iaitu bersederhana dengan penampilan dan alim orangnya, tidak suka menunjuk-nunjuk serta sangat menjaga hal yang berkaitan dengan agama.
  4. Sentiasa bersikap yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T
  5. Berakhlak mulia dan mempunyai hati yang bersih.

 

Ciri-ciri suami soleh yang anda cari!!!


Setiap wanita mendambakan kehadiran seorang suami yang soleh dalam melayari bahtera rumah tangga. Amat bertuahlah seorang isteri yang bersuamikan lelaki yang mampu membimbing keluarganya berlandaskan syariat yang termaktub di dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Antara ciri-ciri suami soleh adalah :


Taat dalam urusan agama

  • Seseorang yang taat dalam urusan agama merupakan ciri-ciri  utama lelaki soleh lagi beriman kerana ia menjadi asas pegangan untuk menjadi pemimpin rumah tangga yang diberkati Allah.
  • Umpamanya, penjagaan solat yang mencukupi 5 kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan dan hal-hal lain yang berkaitan.
Baik akhlak
  • Akhlak dan takwa adalah 2 perkara yang saling berhubung kait. Individu yang berakhlak mulia merupakan orang yang bertakwa, suci hatinya dan mempunyai sifat tawaduk yang tingi.
  • Kelebihan insan yang berakhlak mulia adalah sangat sopan tutur bicara dan gembira apabila dapat menolong pihak yang memerlukan. Mereka juga mempunyai hati yang mulia, rasa hormat yang tinggi terhadap warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Tegas mempertahankan maruah.
  • Lelaki ini merupakan seorang yang jujur, bertanggungjawab dan amat melindungi maruah diri serta orang lain. Apatah lagi hal yang berkaitan sengan isteri dan keluarganya.
  • Mereka sangat prihatin serta sentiasa cuba menyelesaikan dengan cara yang tersendiri apabila pasangan atau ahli keluarga menghadapi masalah.
 Amanah
  • Suami yang amanah akan sentiasa menunaikan setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sebaik mungkin tanpa rungutan dan paksaaan.
  • Jika seseorang lelaki itu mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja, ditambah pula dengan salah guna kuasa, maka lupakanlah sahaja lelaki itu untuk dijadikan pasangan kita.
Pemurah dan tidak boros
  • Pemurah di sini bermaksud, tidak kedekut dan tidak boros tetapi tahu membelanjakan harta dengan bijaksana.
Menjaga pandangan mata
  • Seseorang lelaki yang memiliki ciri-ciri suami yang soleh adalah yang sering menjaga pandangan matanya. Perhatikan ketika kita berbicara dengannya. Apakah matanya kerap meliar kearah perempuan lain yang lalu lalang tanpa member perhatian kepada kita di hadapannya? Jika ya, maka dia adalah seorang yang mungkin tidak setia dan bukanlah calon yang sesuai bagi kita untuk dijadikan teman hidup.
Teliti dalam pergaulan
  • Sebagai seorang suami yang soleh, mereka akan menjaga batas pergaulan agar tidak melampaui batas walaupun berada dalam situasi kerja yang dikelilingi dengan ramai perempuan. Mereka akan sentiasa berhati-hati dalam semua aspek agar tidak menjadi fitnah kepada orang sekeliling.
  • Sebagai pasangan, perhatikan dengan siapa mereka berkawan. Baik kawannya maka baiklah suami anda dan begitulah sebaliknya. Ingatlah bahawa kawan itu merupakan cermin buat kita.
Bertanggungjawab.
  • Sikap bertanggungjawab boleh diukur berdasarkan sejauh mana seseorang itu memperuntukkan diri untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Mereka ini tidajk mungkin sesekali membiarkan orang tersayang berada dalam keadaan yang tidak sempurna. Malah mereka dengan sedaya upaya akan berusaha memenuhi keperluan di samping melindungi orang-orang di sekelilingnya tanpa sebarang arahan  atau paksaaan dari mana-mana pihak. Ini ,kerana sifat tanggun gjawab itu muncul daripada hati yang ikhlas kepada Allah S.W.T
Penyayang
  • Sikap penyayang seseorang lelaki dapat dilihat dari segi cara mereka mengambil berat terhadap insan yang dicintai atau sesiapa sahaja yang rapat dengannya.
sama-samalah kita mencari suami yang soleh... InsyaAllah.


Salinan dr buku : Doa dan tips untuk bahagia. Terbitan karangkraf