Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 5 Oktober 2013

**TELEKUNG ZAHARAH**

Musim haji dah tiba... memperkenalkan... TELEKUNG ZAHARAH !!!

@ Telekung Zaharah ni memang sesuai untuk para jemaah haji yang akan pergi ke Mekah... Hadiahkan satu pada insan2 penting dalam hidup anda..

@ Telekung Zaharah ini direka sekali dengan bahagian tangan..supaya memudahkan Ibadah Ziarah atau melontar Jamrah semasa berada di Tanah Suci tanpa perlu risau bahagian aurat dilihat bukan muhrim

@Telekung Zaharah yang tidak panas dan tidak jarang... sesuai untuk cuaca yang terik atau sejuk. Boleh digayakan dengan kain labuh atau skirt labuh.. seluar longgar juga sesuai.

@Bahagian kepala..semua SOFT AWNING (SYRIA)

@Ada warna putih dan hitam (READY STOCK)
Special edition... Glory purple dan Deep grey !!!! (TERHAD)

PM@WASAP@SMS di talian 0178807776





~TELEKUNG LYCRA JAMEELAH~

~TELEKUNG LYCRA JAMEELAH~

Promosi telekung Lycra Jameelah sempena ketibaan Hari Raya Korban nanti!!
Hanya rm150(sm) dan rm150(ss)..
Nak beli borong pun boleh!!!. Harga istimewa menanti anda!!!!
Semua ingin memiliki telekung ini. Anda bila lagi???


Kenapa anda mesti memilih TELEKUNG LYCRA ini!!!
1. Pelbagai pilihan warna yang menarik
2. Kain yang tidak nipis
3. Kain jenis 'jatuh'. Tidak ringan
4. Kain tidak panas
5. Bahagian Muka yang kemas
6. FREESIZE utk dewasa


Anda boleh dapatkan Telekung ini di sini.. Boleh hubungi saya..SMS@WASAP di talian 0178807776. Anda juga boleh kunjungi laman FACEBOOK saya..Fazia's Corner.. Terima kasih..








Sabtu, 2 Februari 2013

QiSya YanG BeRPosiNG..


Qisya sangat cantik di hati mama.. Qisya pengubat hati mama selalu.. Tenang rasanya menatap wajah dirimu sayang..Mama sayang Qisya sangat2..Terima Kasih Ya Allah diatas kehadiran Qisya dalam hidup ini..




Buah hati mama :- Qisya Fazia Yusrina binti Mohd Anuar

Bila Hati ini Diuji lagi..

Dalam meniti kehidupan sehari-hari, diri ini sentiasa dihadapkan dengan ujian.. Namun kadangkala hati akan merasa letih, penat.. kadang-kadang akan terasa hidup kita tidak beruntung seperti orang lain.. Inilah manusia.. memiliki sekeping hati yang kadangkala terasa tinggi darjatnya, kadangkala terasa kosong hatinya..
Oh HATI... Menangislah jika hatimu itu lembut.. memang telah diciptakan airmata kepada manusia untuk merasai kenikmatan dari Allah yakni perasaan sedih.. Menangislah jika itu akan membuat kamu makin yakin dengan ketentuan dan takdir Allah..Ingatlah juga supaya sentiasa BERSABAR.. Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar.. jika hati terasa lemah dengan dugaan, fikirlah manusia lain di luar sana yang lebih hebat dugaannya,, banyakkan beristighfarlah...

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..



" Ya Allah..berikanlah aku kekuatan dan kesabaran di dalam menghadapi liku-liku hidup ini Ya Allah.. Sesungguhnya terasa diri ini begitu lemah, sentiasa memerlukan diriMu Ya Allah untuk berada di sisiku setiap masa..Berikanlah aku kesabaran,  kekuatan dalam menghadapi segala yang berlaku mengikut ketentuanMu Ya Allah.. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan di dalam diriku Ya Allah...Hanya padaMu Ya Allah aku berserah,,, dan hanya padaMu Ya Allah,tempat bagi aku memohon pertolongan.. Dan sesungguhnya hanya Engkau sahaja Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..Aaamiiin.."
- Nukilan Dari hati -

Ahad, 27 Januari 2013

Anakku..Qisya

Dah besar anak mama...

Masa ni baru 2 bulan++

Selasa, 3 Januari 2012

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah..


Syukur.. telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Qisya Fazia Yusrina binti Mohd Anuar..
Lahir pada 15/12/2011 jam 2.45 pagi.. Lahir xcukup bulan.. 36 minggu 4 hari.. berat lahir 2.15 kg.. Apapun, Alhamdulillah.. sekarang dah ada penyeri dalam hidup ini.. InsyaAllah, mama akan jaga Yusrina sebaik mungkin.. Mama doakan Yusrina akan menjadi anak yang solehah, tak lupa solat, hormat papa ngan mama, fasih dalam membaca al-quran dan berbicara, pandai dan bijak dalam menuntut ilmu dan memberi kebahagiaan kepada mama dan papa..Amiin..






Khamis, 27 Oktober 2011

tips kesihatan : masa yang sesuai utuk minum air



Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..