Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Isnin, 6 Disember 2010

5 cara membuat suami terpesona

Kesetiaan suami isteri adalah tonggak utama dalam rumah tangga. Tanpa kesetiaan, biar segah manapun perkahwinan itu berlangsung, pasti akan roboh dipertengahan jalan. Berikut yang ingin saya kongsikan bersama kawan-kawan bagaimana kita dapat memenangi hati suami. Sedikit sebanyak, diharap dapatlah kiranya ia memberi sedikit panduan dan rujukan buat para isteri untuk membahagiakan lagi rumah tangga masing-masing.
  1. Pakaian - Penampilan isteri di mata suami amat penting. Anda bukannya perlu sentiasa memakai pakaian cantik di rumah, tetapi cukup sekadar mengenakan baju yang bersih dan kemas. Elakkan daripda memakai t-shirt lusuh dan kain batik terutamanya kita suami berada di rumah. Walaupun ramai yang berkata semakin lusuh pakaian, semakin selesa dipakai tetapi sebenarnya pakaian sebegini kurang sesuai pada pandangan suami. Berhiaslah diri kita untuk suami, sesungguhnya pahala juga yang menanti kita kerana menyejukkan mata dan memikatkan hati suami.
  2. Kosmetik - Lelaki memang gemarkan wanita yang mampu menyerlahkan kecantikan luaran mereka. Apatah lagi kecantikan dalaman yang ada pada seseorang wanita. Untuk menambahkan seri pada wajah anda, di sinilah kosmetik memainkan peranan. Bedak dan gimcu mampu menyerlahkan kecantikan anda. Namun kosmetik tidak hanya untuk dilihat, tetapi juga boleh dicium. Aroma tubuh juga mampu memberi kesan agar suami sentiasa dekat bersama anda. Oleh itu, jagalah tubuh agar tidak berbau semasa di samping suami anda. Selain itu, semburan minyak wangi juga mampu menarik minat suami untuk setia di samping anda.
  3. Masakan - Ada yang berkata cinta dan kesetiaan suami boleh ditawan dengan hanya masakan isteri. Semakin enak masakan isteri, semakin sayanglah suami kepada anda. Memang perkara ini tidak salah kerana melalui masakan, lelaki akan berasa dicintai, diberi perhatian dan dihargai. Jadi kalaupun para isteri tidak tahu memasak, belum terlambat lagi untuk anda mempelajarinya. Cubalah memasak makanan yang digemari oleh suami anda. Walaupun mungkin pada awalnya hidangan tidaklah seenak mana, tetapi percayalah jika anda kerap mencuba, tidak mustahil masakan anda akan sentiasa diingini oleh para suami kelak. 
  4. Karakter - Semua manusia adalah tidak sempurna dan mempunyai kelemahan masing-masing. Tetapi janganlah membiarkan keburukan itu begitu sahaja. Berusahalah untuk mengurangkan sikap buruk dan memupuk sikap yang baik. Suami akan berasa senang jika dimiliki isteri yang lemah-lembut, tidak cerewet dan seorang yang memahami.
  5. Komunikasi - Masalah terbesar dalam keruntuhan rumahtangga adalah masalah komunikasi. Apabila suami isteri tidak mempunyai komunikasi yang baik, maka dengan sendirinya penyelesaian kepada rumah tangga agak sukar dicapai. Melalui komunikasi jugalah, suami isteri dapat bertukar-tukar pendapat, dan saling berbicara tentang perihal rumah tangga. Untuk itu, sesibuk manapun seseorang isteri itu bekerjaya, luangkanlah sedikit masa untuk bersama keluarga dan suami.  Komunikasi juga dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Bersama-samalah kita mecuba tips ini. Jadikanlah rumah tangga kita satu institusi keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat dengan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Bertawakallah pada Allah yang Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan