Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Jumaat, 17 Disember 2010

Sihat dan Cantik Menjelang Perkahwinan

Perkahwinan merupakan detik yang amat dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Detik ini merupakan hari yang penuh bermakna apabila diserikan dengan busana indah dan solekan yang memukau. Namun, saat hati berbunga riang, tubuh terasa lesu dan tidak bermaya sedangkan segalanya perlu bertahan dari pagi hingga ke malam.
Faktor kesihatan terutamanya corak pemakanan merupakan punca utama pemasalahan ini. Bagi bakal pengantin, penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting dalam memberi kekuatan samada aspek mental mahupun fizikal.

Sebagai panduan ingat tiga perkara yang berikut :
  1. Bukan dalam masa suntuk – Anda harus ingat, berat badan yang anda idamkan tidak mungkin dapat dicapai dalam jangka masa yang suntuk. Peruntukkan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis perkahwinan bagi menjalankan diet. Mulakan pemakanan yang sihat dan senaman yang berkualiti dari awal. Kurangkan kuantiti makanan anda tetapi makan secara tetap. Pastikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh mencukupi setiap hari.
  2. Sasaran logik – jangan sesekali mengimpikan berat badan turun sebanyak 10 kilogram dalam masa 2 bulan. Diet tanpa kawalan atau secara drastik hanya akan menyebabkan tubuh menjadi lemah akibat kehilangan otot dan tisu, bukannya lemak. Ambil jangka masa misalnya, enam bulan tersebut diletakkan sasaran penurunan sebanyak 2kg untuk setiap bulan. Penurunan sebanyak 12 kg pasti sudah memadai bagi anda yang memiliki berat 60 kg.
  3. Jangan keterlaluan – kesibukan anda menguruskan majlis perkahwinan yang dianggap besar ini, anda sebenarnya memerlukan lebih banyak tenaga. Jangan kerana ingin mendapatkan tubuh yang langsing bagi menggayakan busana impian, anda menggunakan pendekatan diet secara ketat dan  senaman  yang ekstrem. Jauhi pil-pil kurus atau menahan lapar yang hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda sendiri.  

Tips pemakanan yang perlu diketahui :
  • Jangan makan makanan yang berulamkan air atau dengan kuah yang bergenang beberapa bulan sebelum majlis persandingan bagi mengelakkan perut kelihatan buncit
  • Beberapa hari sebelum majlis berlanngsung, elakkan daripada memakan makanan yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  • Bagi menambahkan tenaga, amalkan makan telur ayam kampung yang dicampurkan madu dan lada hitam dua kali seminggu.
  • Elakkan makan makanan atau minuman sejuk seperti  kangkung, timun, bayam, dan jambu agar tubuh dan wajah akan sentiasa kelihatan segar.

Dipetik daripada majalah Harmoni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan