Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 11 Disember 2010

Tips Persediaan Mendirikan Rumah Tangga


Ikatan perkahwinan melambangkan bukti keutuhan cinta dan sebagai titik permulaan untuk menjadikan semua impian menjadi kenyataan, impian untuk menimang cahaya mata, impian untuk beramah mesra dengan sanak saudara dan sebagainya lagi. Semua orang yang ingin mendirikan rumah tangga, walhal yang telah pun mendirikan rumahtangga mengharapkan supaya rumahtangga mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Disini dikongsikan untuk tatapan pembaca iaitu senarai perancangan atau persediaan awal sebelum berkahwin :
  • Langkah pertama mendirikan rumahtangga hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya akad nikah yang dilakukan adalah mengikut cara yang betul mengikut undang-undang syarak.
  • Pasangan suami isteri mestilah merupakan pasangan yang soleh yang tahu akan hak dan tanggungjawab dalam rumah tangga serta bersedia menghadapi dugaan rumah tangga.
  • Pasangan suami isteri harus berusaha membina keluarga berdasarkan syariat dan akhlak Islam bagi melahirkan anak-anak yangh soleh yang dapat menegakkan syiar Islam dan tamandun Islam.
  • Apabila telah membuat keputusan untuk berkahwain samada lelaki atau perempuan, maka dia hendaklah bersedia untuk mengikut cara agama. Sebagai contoh, akad nikah itu hendaklah dalam suasana ibadat yang tidak dicampuri oleh perbuatan khurafat atau maksiat. Begitu halnya juga dengan majlis perkahwinan supaya titik permulaan pembinaan rumahtangga dirahmati dan diredhai oleh Allah s.w.t.
  • Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga seperti mencari tempat tinggal yang selesa, menentukan sumber rezeki yang halal bagi menanggung nafkah anak isteri dan demi masa depan keluarga.
  • Suami dan isteri hendaklah menyedari tanggungjawab masing-masing dan tanggungjawab bersama untuk membangunkan keluarga.
  • Mendidik ahli keluarga terutamanya pendidikan yang cukup samada dari sudut agama dan kehidupan seharian. Pasangan suami isteri perlu menetapkan  satu matlamat untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Matlamat ii tidaka dicapai dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Oleh itu, suami sebagai ketua keluarga perlu mempunyai peribadi yang mulia dan sifat-sifat yang terpuji bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pelindung dan pemimpin ahli keluarga terutamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan