Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 17 April 2010

Apa Yang Cantik Pada Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Teta[i pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Menyingkap Rahsia Anda Berdasarkan Tarikh Lahir

Nak tau pe sikap peribadi anda? jom lihat melalui tarikh lahir anda... Wallahualam..


1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan- Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19 haribulan[/ - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 haribulan - ‘Angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya. 

24 haribulan
 - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.
26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 haribulan - Boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Jumaat, 16 April 2010

SESI LAWATAN BERSAMA PROGRAM PKIBP SMK SUNGAI MANGGIS






KUNJUNGAN KE PETROSAINS DAN KL TOWER








LAWATAN DI PUSAT KRAFTANGAN MALAYSIA

Khamis, 1 April 2010

UJIAN HIDUP SEBAGAI PENGHAPUS DOSA-DOSA LALU


Allah telah menjadikan musibah sebagai tanda untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
" Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."  (HR. Bukhari)
"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah."  (HR. Bukhari)
"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, sama ada menimpa dirinya atau anaknya atau hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dengan Allah tidak ada lagi dosanya. (HR. Tirmizi)
Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab: "Para Nabi, lalu orang-orang yang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tinkat imannya, jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujain demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebab walau bagaimanapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun kecil".
Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang bersabar ketika menimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Jika Au menguji hambaKu (membutakan) kedua-dua matanya, lalu ia sabar maka Aku akan mengantikan baginya gengan syurga". (HR. Bukhari)
Orang-orang yang sabar dalam menerima musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yanng besar. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, " Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)
Wahai Ukhti Muslimah, terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar iaitu:
  • Beroleh ampunan dari Allah
  • Beroleh rahmat dari Allah
  • Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).

CIRI-CIRI MANUSIA MUNAFIK

 Rasulullah SAW pernah memberi peringatan bahawa ada tiga tanda orang munafik iaitu apabila dia berbicara, dia berdusta; apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; dan apabila dia diamanahkan, dia berkhianat.

Dalam riwayat dirakamkan Imam Muslim, ada pernyataan tegas Rasulullah SAW mengenai golongan munafik iaitu ‘dia turut puasa, sembahyang dan menganggap diri Muslim.’ 

Ahad, 14 Mac 2010

DOA ISTERI SOLEHAH


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih terhadap suamiku

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku dan pada MU
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Jumaat, 12 Mac 2010

Kata-kata buat isteri solehah



Pernikahan atau Perkahwinan,    
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,   Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim, Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,  Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,   Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …