Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Ahad, 9 Mei 2010

Ku sentiasa merinduimu ibu....


Tahun ini genaplah 3 tahun arwah ibuku kembali ke rahmatullah. Dihari ini, ketika semua anak menyambut Hari Ibu buat ibu mereka dengan memberi hadiah dan penghargaan sekaligus ucapan yang amat berharga buat seorang ibu iaitu ‘Selamat Hari Ibu’, aku hanya mampu  menyedekahkan Al-Fatihah buat ibu yang paling aku sayang. Ibuku, HASMAH BINTI HASAN telah kembali ke rahmatullah disebabkan kanser rahim. Penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita. Aku pasrah dengan ketentuanMu Ya Allah..

Ketentuan takdir untuk mengambil insan yang aku sayang, tidak boleh disangkal mahupun dihalang. Ada hikmah yang tersembunyi. Sesekali ketika kerinduan terhadap arwah ibuku menjengah di lubuk hati dan diufuk fikiran ini, aku hanya menangis sayu seorang diri. Tidak tergambar kerinduanku terhadap arwah. Sesekali, rasa cemburu mencengkam hati ketika melihat anak-anak, kawan-kawan, dan sahabat handai bermesra dengan ibu mereka, namun aku hanya mampu melihat semua itu dengan pandangan yang amat sayu mengenangkan gelak ketawa dan kemesraanku bersama arwah ibu satu ketika dahulu.

Dihari yang cukup bererti ini, aku memanjatkan doa kepada Mu Ya Allah supaya Engkau memberi ketenangan kepada arwah ibuku di alam sana dengan kerahmatanMu YaAllah.. Doa tulus ikhlas dariku untuk arwah ibuku akan sentiasa dihulurkan sebagai tanda kasih sayang dan kerinduan yang tidak akan hilang dari lubuk hati ini.. Hanya padamu IBUKU….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan