Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Ahad, 2 Januari 2011

Lirik Lagu "Ya Allah" - Wali Band

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
 
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
 
Ya Allah Jangan Kau Coba Aku
Melebihi Batas Mampu dan Sanggupku
Ya Allah Bila Memang Kau Coba
aku PercaYa Kau SaYang Padaku
 
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
 
Ya Allah Lindungilah Diriku
Dari Yang Menjahati Menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah Pelindung Hidup dan Matiku
 
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
 
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
 
Ya Allah Jangan Kau Coba Aku
Melebihi Batas Mampu dan Sanggupku


Rabu, 29 Disember 2010

Sambutlah Bantuan Yang Pasti Tiba

Ramai di kalangan penulis berpendapat : “ Segala bentuk penderitaan dan kesusahan, tidak berapa besar dan lamanya, tidak akan kekal bersama orang-orang yang ditimpa musibah itu,. Tetapi sebaliknya, semakin berat musibah itu, bermakna semakin dekat masanya musibah itu hilang, semakin dekat masa terang yang indah dan menyeronokkan, dan hidup yang ceria dan riang.
Kerana bantuan dari Allah dan ihsan itu selalu datang di masa kesusahan dan ujian itu sedang di kemuncaknya. Memang selalu demikian, akhir dari malam yang gelap-gelita adalah fajar yang terang.

Selasa, 28 Disember 2010

"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL"

Bacalah “Hasbunallah Wani’mal Wakil”, zikir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika dia dicampakkan ke dalam api sehingga api itu  tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak memakar tubuh baginda. “Hasbunallah Wani’mal Wakil”, dan inilah jua yang diucapkan oleh Nabi Muhammad ketika perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.
Ketika Nabi Ibrahim a.s diletakkan ke dalam manjaniq, Jibril bertanya kepada; “Adakah engkau memerlukan aku?” Ibrahim menjawab ;”Aku memerlukan Allah, bukan engkau.”
Laut yang bersifat meneggelamkan, dan api yang bersifat membakar, tetapi laut itu boleh menjadi kering, dan api itu boleh menjadi sejuk, disebabkan oleh : “Hasbunallah Wani’mal Wakil”.
Musa melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejarnya dari belakang. Maka ia pun berkata:

“Jangan fikir(akan yang berlaku demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan bantuanNya), ia menunjukkan jalan kepadaku.”
(Surah Asy-Syu’ara’: Ayat 62)
Maka dia pun diselamatkan oleh Allah s.w.t.
Disebutkan dalam Riwayat hidup, baginda Rasul bahawa ketika dia masuk ke Gua Hira’ Allah kemudiannya menyuruh merpati supaya membuat sarangnya dan labah-labah merajut jarring untuk menyelamatkan sebaik-baik makhluk Allah. Sesungguhnya lindungan Allah tidak memerlukan perisai dan tidak pula benteng.
Sekiranya kita ditimpa pelbagai musibah, dan mengharapkan bantuan dari Allah s.w.t, maka marilah kita menuturkan kalimah : “Hasbunallah Wani’mal Wakil”,. InsyaAllah, Allah bersama dengan makhluk  yang sentiasa mengingatiNya.Amin…

Jumaat, 17 Disember 2010

Sihat dan Cantik Menjelang Perkahwinan

Perkahwinan merupakan detik yang amat dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Detik ini merupakan hari yang penuh bermakna apabila diserikan dengan busana indah dan solekan yang memukau. Namun, saat hati berbunga riang, tubuh terasa lesu dan tidak bermaya sedangkan segalanya perlu bertahan dari pagi hingga ke malam.
Faktor kesihatan terutamanya corak pemakanan merupakan punca utama pemasalahan ini. Bagi bakal pengantin, penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting dalam memberi kekuatan samada aspek mental mahupun fizikal.

Sebagai panduan ingat tiga perkara yang berikut :
  1. Bukan dalam masa suntuk – Anda harus ingat, berat badan yang anda idamkan tidak mungkin dapat dicapai dalam jangka masa yang suntuk. Peruntukkan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis perkahwinan bagi menjalankan diet. Mulakan pemakanan yang sihat dan senaman yang berkualiti dari awal. Kurangkan kuantiti makanan anda tetapi makan secara tetap. Pastikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh mencukupi setiap hari.
  2. Sasaran logik – jangan sesekali mengimpikan berat badan turun sebanyak 10 kilogram dalam masa 2 bulan. Diet tanpa kawalan atau secara drastik hanya akan menyebabkan tubuh menjadi lemah akibat kehilangan otot dan tisu, bukannya lemak. Ambil jangka masa misalnya, enam bulan tersebut diletakkan sasaran penurunan sebanyak 2kg untuk setiap bulan. Penurunan sebanyak 12 kg pasti sudah memadai bagi anda yang memiliki berat 60 kg.
  3. Jangan keterlaluan – kesibukan anda menguruskan majlis perkahwinan yang dianggap besar ini, anda sebenarnya memerlukan lebih banyak tenaga. Jangan kerana ingin mendapatkan tubuh yang langsing bagi menggayakan busana impian, anda menggunakan pendekatan diet secara ketat dan  senaman  yang ekstrem. Jauhi pil-pil kurus atau menahan lapar yang hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda sendiri.  

Tips pemakanan yang perlu diketahui :
  • Jangan makan makanan yang berulamkan air atau dengan kuah yang bergenang beberapa bulan sebelum majlis persandingan bagi mengelakkan perut kelihatan buncit
  • Beberapa hari sebelum majlis berlanngsung, elakkan daripada memakan makanan yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  • Bagi menambahkan tenaga, amalkan makan telur ayam kampung yang dicampurkan madu dan lada hitam dua kali seminggu.
  • Elakkan makan makanan atau minuman sejuk seperti  kangkung, timun, bayam, dan jambu agar tubuh dan wajah akan sentiasa kelihatan segar.

Dipetik daripada majalah Harmoni.

Rabu, 15 Disember 2010

Faedah Membaca dan Menelaah

  • Membaca dapat menghalau perasaan was-was, cemas dan sedih.
  • Membaca dapat menghindarkan seseorang supaya tidak tenggelam dalam hal-hal yang batil
  • Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang-orang yang menganggur dan tidak mempunyai kegiatan
  • Membaca dapat membiasakan lidah untuk bercakap dengan baik, menjauhkan kesalahan ucapan, dan menghiasinya dengan sastera dan kefasihan
  • Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
  • Membaca dapat meningkatkan ilmu dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman.
  • Dengan membaca, seseorang dapat mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dari kalangan manusia yang bijaksana dan pemahaman para ulama
  • Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang ilmuyang berbeza dan penerapannya dalam hidup nyata.
  • Menambah keimanan seseorang khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan pemberi nasihat yang paling mulia, pendorong jiwa yang paling besar, dan penyuruh kepada kebajikan yang bijaksana.
  • Membaca dapat membantu fikiran supaya lebih tenang, membuat hati supaya lebih terarah, dan memanfaatkan waktu supaya tidak terbuang sia-sia
  • Membaca dapat membantu memahami proses pemilihan ‘kata’ secara lebih terperinci, pembentukan ‘kalimat’ untuk menangkap konsep dan untuk memahami apa yang ada di sebalik tulisan.

Selasa, 14 Disember 2010

Kaedah-kaedah menuju bahagia

  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja, maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul : “Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang, dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi”.
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
  3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia massih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian. Dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  5. Beriman dengan Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  6. Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain
  9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk
  10. Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
  11. Semua qadha bagi orang Islam ada baiknya
  12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah
  13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki oleh orang lain
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar
  15. Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu, akan ada kemudahan.
  18. Jangan sesekali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunan-Nya
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. “Dan di langit pula terdapat(sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan kepada kamu.”  (Surah Az-Zariyat : Ayat 22)
  23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku
  24. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada teladan.
  25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana
  27. Lakukanlah kebaikan dan menghasilkan, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin
  29. Semua musibah yang menimpa  adalah penghapus dosa-dosa.
  30. Percayalah  pada Allah. Allah sentiasa berada di samping kita.


Jangan Berdukacita! Jalan Keluar Pasti Ada!


Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi ada disebut, ertinya : “Sebaik-baik ibadah adalah menunggu jalan keluar.”
“ Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”
“Cahaya fajar orang-orang yang ditimpa musibah itu sudah menyingsing, maka alu-alukanlah kedatangan sang pagi dan tunggulah kemenangan dari sang penakluk.”
Orang Arab berkata: “Jika seutas tali yang sudah sangat tegang, nescaya ia akan segera putus”.
Maksudnya, jika masalahnya sudah kritikal, maka tunggulah jalan keluar.
Allah s.w.t berfirman ertinya:
“Sesiapa yangbertaqwa kepada Allah,(dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya)”.
(Surah At-Talaq : Ayat 5)
“Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu), bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah Asy-Syarh : Ayat 5)

Jangan bersusah hati sebab ia akan membuat harta yang tersimpan di almari-almari yang indah, di istana-istana yang megah, dan di dalam kebun-kebun yang menghijau itu berubah menjadi tambahan kepada kecemasan dan kesedihan anda sahaja.
Jangan bersusah hati sebab ia akan membuat ubat yang diberikan doktor, djual di kedai ubat, dan pemeriksaaan doktor tidak akan membahagiakan diri anda. Apatah lagi jika anda masih lagi menanam kesedihan di dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua-dua di dalam kelopak mata, membiarkan diri anda dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkan di bawah kulit, maka itu semua adalah sia-sia.
“Jangan berdukacita sebab abda masih mempunyai doa, anda boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan Yang Maha Kuasa, dan anda akan beroleh ketenangan di depan pintu-pintu Raja. Anda juga masih mempunyai waktu sepertiga akhir malam dan masih mempunyai watu untuk merapatkan dahi ke tanah untuk bersujud.”
Petikan dari La-Tahzan. Jangan Bersedih.