Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Selasa, 14 Disember 2010

Kaedah-kaedah menuju bahagia

  1. Insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja, maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul : “Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang, dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi”.
  2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
  3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia massih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian. Dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  5. Beriman dengan Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  6. Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  7. Hamba perlu menyedari bahawa tiap-tiap sesuatu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar
  8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain
  9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk
  10. Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
  11. Semua qadha bagi orang Islam ada baiknya
  12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah
  13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki oleh orang lain
  14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar
  15. Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.
  16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
  17. Sesungguhnya selepas kesusahan itu, akan ada kemudahan.
  18. Jangan sesekali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak
  19. Sesungguhnya Tuhan Maha Luas ampunan-Nya
  20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah
  21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.
  22. “Dan di langit pula terdapat(sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan kepada kamu.”  (Surah Az-Zariyat : Ayat 22)
  23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku
  24. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada teladan.
  25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana
  27. Lakukanlah kebaikan dan menghasilkan, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran
  28. Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin
  29. Semua musibah yang menimpa  adalah penghapus dosa-dosa.
  30. Percayalah  pada Allah. Allah sentiasa berada di samping kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan