Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 13 November 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Ketika sembahyang, kadang-kadang seringkali fikiran kita menjadi tidak khusyuk. Ini menyebabkan kita tidak dapat melakukan solat dengan sempurna.
Untuk khusyuk dalam solat ada dalil yang menggalakkan ketika solat kita disunatkan menundukkan wajah melihat tempat sujud semasa berdiri.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim “ Adalah Rasulullah S.A.W  menundukkan kepala Baginda  dan melontarkan pandangannya ke bumi (tempat sujud)”.

Dalam hadis lain: “ Dan tatkala Nabi Muhammad S.A.W memasuki kaabah, Nabi tidak mengangkat pandangan matanya dari tempat sujud sehinggalah Baginda keluar darinya.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Imam Sufyan al-Thawri , Abu Hanifah dan al-Syafi’I berpendapat bahawa elok menumpukan mata kearah tempat  sujud. Manakala ijtihad Imam Malik dan Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan elok memandang ke hadapan dan bukannya tempat sujud.

Namun, walaupun dali-dalil yang dikemukakan ini sahih dari sudut kefahamannya iaitu keperluan melihat tempat sujud. Maka “menundukkan kepala” dalam hadis ini tidak semestinya memandang tempat sujud dan hadis kedua pula tidak dijelaskan secara terang ia dilakukan ketika solat. Ia hanya menyebut ketika Nabi masuk kaabah dan bukannya tempat solat.

Walaubagaimanapun, hadis yang dinyatakan ini menyokong kepala kesimpulan iaitu :
“ Tidak sepatutnya terdapat dalam rumah orang yang menunaikan solat sesuatu yang boleh mengganggu dan menyibukkan (pemikiran dan kekhusyukannya ketika solat)”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh(ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan) kerana Allah s.w.t mengarahkan wajahNya ke wajah hambaNya yang sedang solat selagi mana hambaNya tidak menoleh ke arah lain.” ?(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Kesimpulannya, digalakkan untuk menundukkan pandangan mata, samada ke tempat sujud atau lainnya semasa solat, namun tidaklah sampai ke tahap wajib.

Jumaat, 12 November 2010

Menambah ikatan mesra dengan mertua anda?

 Bagaimana cara untuk kita menjalin ikatan mesra dengan mertua? ikuti petua-petua ini..
  • Luangkan masa secara tetap dengan mertua antara sebulan atau dua bulan sekali bagi anda yang jauh dengan kampong. Mana yang dekat, cubalah sebulan sekali atau dua kali menjengguk mereka.
  • Usahakan kegiatan yang dapat dinikmati bersama seperti menjamu selera atau beriadah.
  • Sentiasa berbincang tentang isu kekeluargaan atau hal ehwal semasa.
  • Menghormati dan memanfaatkan sumber pengalaman orang tua sebagai panduan dan nasihat
  • Peka terhadap keperluan dan cara hidup mereka
  • Elakkan daripada menganggap mereka adalah seragam dalam aspek keperibadian dan kehidupan. Mereka mempunyai keunikan tersendiri dalam hidup.
  • Fahami pandangan dan falsafah mereka.
  • Hargai jasa-jasa mereka.
  • Bertutur dengan perlahan. Ini cara yang terbaik sekiranya anda mempunyai cadangan atau pandangan.
  • Bersikap ramah dan terbuka. Usah berpeluh tubuh apabila berbual dengan mereka kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa anda tidak mempunyai masa atau minat untuk berbual dengan mereka.
  • Bertutur dengan nada suara yang rendah. Ia lebih meninggalkan kesan.
  • Tatap wajah dan mata mereka dengan mesra. Ini bukan sahaja untuk menunjukkan bahawa anda menghormati mereka tetapi juga merupakan antara asas budi bahasa
semoga berjaya ye..

TIPS MENGAMBIL HATI MERTUA

Bak kata orang-orang tua, kalau mahu berkahwin dengan seseorang itu, kahwinlah dengan keluarganya dulu. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan menantu dengan mentua. Malah sekali anda berkahwin dengan seorang lelaki, maka automatik keluarganya akan menjadi keluarga anda. Dan anda wajib melayani ibubapanya seperti  ibubapa anda.
Disini disediakan berapa tips untuk anda mengambil hati mentua anda. Selamat maju jaya!


  1. Berbincanglah dengan pasangan anda
-          Pasangan anda haruslah menjelaskan dengan terang kepada keluarganya bahawa jika mereka menyakiti, mengumpat dan mengusir anda, bererti mereka juga menyakiti dirinya.

  1. 2)  Ambil remeh segala ketegangan.
-          Apa pun yang dilakukan atau dikatakan oleh keluarga suami anda, jangan terlalu berkira atau ambil hati. Lebih baik cubalah anggapnya sebagai satu gurauan kerana kegagalan mereka mengendalikan diri mereka. Jika anda menganggapnya begitu, keadaan akan benar-benar menyenangkan.

  1. 3) Pelajari latar belakang dan tradisi keluarga suami
-          Kadang-kadang ada gunanya mempelajari apa kebiasaan dan tradisi keluarga suami anda. Setiap kleuarga mempunyai cara dan tabiat mereka yang sendiri yang dijadikan amalan tahunan keluarga. Ada yang mengadakan makan malam istimewa, ada yang pergi berkelah dan lain-lain. Mungkin dari situ, anda boleh belajar sesuatu. Mungkin juga anda boleh menggabungkan acara itu kepada kepada keluarga ibubapa anda pula, pasti lebih seronok.

  1. 4) Komunikasi dan saling menghormati
-          Satu lagi masalah dengan keluarga suami adalah kurang komunikasi dan persefahaman. Ketika satu hal tidak berjalan lancar, semuanya jadi kelam kabut dan mulai saling mereka-reka cerita dan salah-menyalahkan antara satu sama lain. Anda ingin keluarga suami nada menghormati anda? Kalau begitu berikan juga kepada mereka rasa hormat. Anda mahu di dengar? Dengarlah mereka. Adakah satu keadaan atau perilaku yang tidak boleh anda terima? Berbincang dan bertolak-ansurlah, kitakan orang muda, harus mengalah kepada yang lebih tua…

Apa istimewanya selawat?

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " (Surah Al-Ahzab: 56)
Kelebihan selawat :

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi dikalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Demikianlah banyaknya kelebihan dari selawat yang akan kita akan peroleh jika kita tidak lupa untuk mengamalkannya. Ingatlah, segala perkara baik yang kita lakukan akan dibalas baik oleh Allah S.W.T dan begitulah sebaliknya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Yakinlah dengan kebesaranNya. Semoga kita semua tergolong di kalangan golongan mukminin yang sentiasa mendapat barakah di sisiNya.

Rabu, 10 November 2010

KEUTAMAAN MENGANDUNG SEORANG WANITA



“ Apakah redha hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal(menurut islam), Allah telah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberikan dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah”.

Riwayat Al-Hasan bin Safwan, Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah yang menyusukan Saiyyidina Ibrahim, putera Rasulullah S.A.W

Khamis, 4 November 2010

DOA HAMBAMU....

Ya Allah…
Berilah rahmat kepada Muhammad dan keluarganya,
Seperti yang Engkau berikan pada Ibrahim dan Keluarganya..
Berilah berkah kepada Muhammad dan keluarganya,
Sebagaimana yang Engkau berikan pada Ibrahim dan keluarganya..

Allahuma Ya Allah…
Tiada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang selain Engkau,
Engkau curahkan kasih-Mu pada mahluk-Mu seakan-akan Engkau Memerlukan mereka,
Padahal Engkau sama sekali tidak memerlukan semua itu..

Telah banyak karunia yang Engkau berikan kepadaku,
Telah banyak Engkau limpahkan rezeki-Mu padaku,
Tak terhingga nikmat Engkau yang telah aku rasakan,
Namun demikian, aku seringkali lalai mensyukurinya,
Aku seringkali membangkan pada-Mu…
Janganlah karena kealpaa itu Engkau murkai aku Ya Allah,
Jangan Engkau campakan dan jangan Engkau jauhi aku,
Tapi teteskanlah Ya Allah seberkas cahaya-Mu pada hatiku,
Karena tanpa bantuan-Mu mustahil aku dapat mensyukuri nikmat-nikmat-Mu,
Mustahil aku dapat selalu taat kepada-Mu,
Mustahil aku dapat menggunakan harta yang Engkau titipkan padaku sebagai sarana untuk mengabdikan kepada-Mu….

Ya Allah hanya Engkau Yang Maha Kuat,
Aku ini lemah ya Allah…
Tanpa bantuan-Mu tidaklah mungkin aku dapat mengalahkan setan dan hawa nafsu yang mengajak kepada kesesatan,
Tanpa bantuan-Mu tidaklah mungkin aku dapat selalu tegar dalam mengabdi kepada-Mu,
Tanpa petunjuk-Mu aku pasti akan tersesat ya Allah…..
Lindungilah aku dari perbuatan-perbuatan yang dapat mengotori jiwaku, 
Kuatkanlah imanku agar aku dapat tegar menghadapi segala cobaan-Mu…

Wahai Tuhanku Yang Maha Agung…
Jadikanlah cintaku kepada-Mu melebihi kecintaanku kepada selain selain Engkau,
Jadikanlah rasa takutku kepada-Mu melebihi rasa takut kepada selain Engkau,
Ingatkanlah selalu padaku akan tujuan Engkau menciptakan aku…
Arahkanlah aku kepada jalan yang lurus,
Sesuai dengan jalannya orang-orang telah Engkau berkahi,
Bukannya jalan orang yang telah Engkau murkai,
Dan bukan pula jalan orang-orang yang tersesat…


Ya Allah junjungan hati orang yang beriman…
Terimalah ibadahku,
Terimalah sholatku,
Terimalah sedekahku,
Terimalah zikirku….
Maafkanlah bila ibadahku tercamput dengan riya’
Ampunilah bila amal saleh yang aku lakukan tidak dengan seluruh keikhlasan hatiku…..

Ya Allah Yang Maha Pengasih
Janganlah Engkau hukum aku bila aku terlupa mengingat-Mu,
Janganlah Engkau tinggalkan aku bila aku lalai mengagungkan-Mu,
Dan jangan pula Engkau biarkan aku bila aku terperosok dalam perangkap kenikmatan dunia…

Allahuma Ya Allah …
Maksiat yang kulakukan tidaklah untuk menentang-Mu,
Bukan pula karena mengabaikan siksa-Mu,
Ataupun menantang hukum-Mu,
Tetapi semata-mata karena kebodohan dan kelemahanku terjerat hawa nafsu belaka …
Kasihani aku karena kelemahanku ini Ya Allah….



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Aku bermohon pada-Mu,
Penuhila kalbuku dengan cinta dan rasa takut kepada-Mu,
Dengan keyakinan dan keimanan pada-Mu,
Serta dengan rindu dan rasa takut berpisah dengan-Mu …
Bimbinglah agar aku dapat meningkatkan akhlakku mengikuti akhlak Nabi-Mu yang mulia Muhammad saw …
Bantulah aku agar aku mampu bersyukur kepada-Mu…

Allahuma Ya Allah …
Engkau menampakan kepadaku rasa kasih sayang-Mu dengan nikmat-nikmat-Mu, 
Tapi aku menimpalinya dengan dosa-dosa …
Turun kepadaku kebaikan-Mu, tetapi naik kepada-Mu kejelekan-kejelekanku …
Walaupun malaikat senantiasa datang kepada-Mu membawa perbuatan-perbuatanku yang buruk, tapi hal itu tidak mencegah Engkau untuk menyebarkan belas kasih-Mu dan menganugerahkan nikmat-Mu…
Besar sudah bencana yang aku buat,
Berlebihan sudah kejelekan keadaanku,
Rendah benar amal-amalku,
Berat benar belenggu malasku,
Dunia dengan tipu dayanya telah memperdayaiku,

Wahai junjunganku…
Aku bermohon pada-Mu dengan segala kekuasaan-Mu,
Jangan kau tutup doaku karena kejelekan amal dan perangaiku,
Anugerahkan padaku manisnya ampunan-Mu,
Keluarkan dari hatiku kecintaan pada dunia sebagaimana yang telah Engkau lakukan terhadap hamba-hamba pilihan-Mu sebelum aku…

Wahai Zat yang paling baik untuk diminta permohonannya…
Yang paling murah pemberiannya…
Yang paling royal kasih sayangnya…
Bawalah aku dalam bahtera keselamatan-Mu,
Karuniailah aku kelezatan bermunajat kepada-Mu,
Curahkanlah kepadaku cinta-Mu,
Cicipkanlah kepadaku manisnya kasih sayang-Mu,
Tumbuhkanlah dalam hatiku kegemaran untuk taat kepada-Mu,
Tuluskanlah niatku dalam beribadah kepada-Mu…

Wahai Tuhanku yang menguasai seluruh alam semesta …
Aku meminta-mu dengan penuh tunduk, kerendahan dan kekhusukan …
Ampunilah aku serta rahmatilah diriku,


Ya Allah Yang Maha Pengatur dan Maha Suci …
Jadikanlah aku hamba-Mu yang selalu rela dan puas dengan pemberian-Mu,
Selalu rendah hati dalam bertingkah laku…
Jadikan aku yang paling istimewa di antaran pengenal-Mu,
Yang paling saleh di antara hamba-Mu,
Yang paling tulus di antara orang yang menaati-Mu,
Yang paling ikhlas dalam mengabdi kepada-Mu…

Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun …
Ampunilah dosa-dosa kedua orang tuaku,
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak aku masih dalam kandungan,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka telah memelihara aku dengan penuh kasih sayang,
Sayangilah mereka sebagaimana mereka mencintaiku,
Berilah mereka petunjuk sebagaimana mereka telah mengajari aku,
Dan lindungilah mereka dari gangguan makhluk Engkau sebagaimana mereka membela aku bila aku dizalimi…

Ya Allah Penguasa Hari Akhir…
Aku sadar cepat atau lambat aku pasti kembali kepada Engkau dengan meninggalkan harta benda yang telah aku miliki,
Meninggalkan anak-anakku yang aku cintai…
Aku sadar bahwa aku akan menghadapi sakratulmaut,
Pada saat itu bantulah aku agar dapat mengingat Engkau,
Bantulah aku agar dapat mati dalam khusnul khatimah…

Ya Allah …
Berilah aku kebaikan di dunia,
Dan kebaikan di akhirat,
Hindarkanlah aku dari siksa kubur-Mu,
Jauhkan tempatku kelak dari api neraka-Mu …

Laa hawla wa laa quwwata illa billaah…
Alhamdulillahirabilallamiin…


“doa ini di kutip dari buku bahan renungan kalbu : pengantar mencapai pencerahan jiwa”
referensi “ Muatan cinta Illahi” Syaikh Muhammad Mahdi Al-Ashify



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk menulis blog hari ni... dan selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad pembuka bicara... :)

Ya Allah, gentikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai menyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaran, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakal, hanya kepadaMu. kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

-Dr 'Aidh Al- Qarni-
Buku La Tahzan