Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 13 November 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Ketika sembahyang, kadang-kadang seringkali fikiran kita menjadi tidak khusyuk. Ini menyebabkan kita tidak dapat melakukan solat dengan sempurna.
Untuk khusyuk dalam solat ada dalil yang menggalakkan ketika solat kita disunatkan menundukkan wajah melihat tempat sujud semasa berdiri.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim “ Adalah Rasulullah S.A.W  menundukkan kepala Baginda  dan melontarkan pandangannya ke bumi (tempat sujud)”.

Dalam hadis lain: “ Dan tatkala Nabi Muhammad S.A.W memasuki kaabah, Nabi tidak mengangkat pandangan matanya dari tempat sujud sehinggalah Baginda keluar darinya.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Imam Sufyan al-Thawri , Abu Hanifah dan al-Syafi’I berpendapat bahawa elok menumpukan mata kearah tempat  sujud. Manakala ijtihad Imam Malik dan Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan elok memandang ke hadapan dan bukannya tempat sujud.

Namun, walaupun dali-dalil yang dikemukakan ini sahih dari sudut kefahamannya iaitu keperluan melihat tempat sujud. Maka “menundukkan kepala” dalam hadis ini tidak semestinya memandang tempat sujud dan hadis kedua pula tidak dijelaskan secara terang ia dilakukan ketika solat. Ia hanya menyebut ketika Nabi masuk kaabah dan bukannya tempat solat.

Walaubagaimanapun, hadis yang dinyatakan ini menyokong kepala kesimpulan iaitu :
“ Tidak sepatutnya terdapat dalam rumah orang yang menunaikan solat sesuatu yang boleh mengganggu dan menyibukkan (pemikiran dan kekhusyukannya ketika solat)”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh(ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan) kerana Allah s.w.t mengarahkan wajahNya ke wajah hambaNya yang sedang solat selagi mana hambaNya tidak menoleh ke arah lain.” ?(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Kesimpulannya, digalakkan untuk menundukkan pandangan mata, samada ke tempat sujud atau lainnya semasa solat, namun tidaklah sampai ke tahap wajib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan