Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Jumaat, 12 November 2010

Menambah ikatan mesra dengan mertua anda?

 Bagaimana cara untuk kita menjalin ikatan mesra dengan mertua? ikuti petua-petua ini..
  • Luangkan masa secara tetap dengan mertua antara sebulan atau dua bulan sekali bagi anda yang jauh dengan kampong. Mana yang dekat, cubalah sebulan sekali atau dua kali menjengguk mereka.
  • Usahakan kegiatan yang dapat dinikmati bersama seperti menjamu selera atau beriadah.
  • Sentiasa berbincang tentang isu kekeluargaan atau hal ehwal semasa.
  • Menghormati dan memanfaatkan sumber pengalaman orang tua sebagai panduan dan nasihat
  • Peka terhadap keperluan dan cara hidup mereka
  • Elakkan daripada menganggap mereka adalah seragam dalam aspek keperibadian dan kehidupan. Mereka mempunyai keunikan tersendiri dalam hidup.
  • Fahami pandangan dan falsafah mereka.
  • Hargai jasa-jasa mereka.
  • Bertutur dengan perlahan. Ini cara yang terbaik sekiranya anda mempunyai cadangan atau pandangan.
  • Bersikap ramah dan terbuka. Usah berpeluh tubuh apabila berbual dengan mereka kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa anda tidak mempunyai masa atau minat untuk berbual dengan mereka.
  • Bertutur dengan nada suara yang rendah. Ia lebih meninggalkan kesan.
  • Tatap wajah dan mata mereka dengan mesra. Ini bukan sahaja untuk menunjukkan bahawa anda menghormati mereka tetapi juga merupakan antara asas budi bahasa
semoga berjaya ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan