Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Jumaat, 12 November 2010

TIPS MENGAMBIL HATI MERTUA

Bak kata orang-orang tua, kalau mahu berkahwin dengan seseorang itu, kahwinlah dengan keluarganya dulu. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan menantu dengan mentua. Malah sekali anda berkahwin dengan seorang lelaki, maka automatik keluarganya akan menjadi keluarga anda. Dan anda wajib melayani ibubapanya seperti  ibubapa anda.
Disini disediakan berapa tips untuk anda mengambil hati mentua anda. Selamat maju jaya!


  1. Berbincanglah dengan pasangan anda
-          Pasangan anda haruslah menjelaskan dengan terang kepada keluarganya bahawa jika mereka menyakiti, mengumpat dan mengusir anda, bererti mereka juga menyakiti dirinya.

  1. 2)  Ambil remeh segala ketegangan.
-          Apa pun yang dilakukan atau dikatakan oleh keluarga suami anda, jangan terlalu berkira atau ambil hati. Lebih baik cubalah anggapnya sebagai satu gurauan kerana kegagalan mereka mengendalikan diri mereka. Jika anda menganggapnya begitu, keadaan akan benar-benar menyenangkan.

  1. 3) Pelajari latar belakang dan tradisi keluarga suami
-          Kadang-kadang ada gunanya mempelajari apa kebiasaan dan tradisi keluarga suami anda. Setiap kleuarga mempunyai cara dan tabiat mereka yang sendiri yang dijadikan amalan tahunan keluarga. Ada yang mengadakan makan malam istimewa, ada yang pergi berkelah dan lain-lain. Mungkin dari situ, anda boleh belajar sesuatu. Mungkin juga anda boleh menggabungkan acara itu kepada kepada keluarga ibubapa anda pula, pasti lebih seronok.

  1. 4) Komunikasi dan saling menghormati
-          Satu lagi masalah dengan keluarga suami adalah kurang komunikasi dan persefahaman. Ketika satu hal tidak berjalan lancar, semuanya jadi kelam kabut dan mulai saling mereka-reka cerita dan salah-menyalahkan antara satu sama lain. Anda ingin keluarga suami nada menghormati anda? Kalau begitu berikan juga kepada mereka rasa hormat. Anda mahu di dengar? Dengarlah mereka. Adakah satu keadaan atau perilaku yang tidak boleh anda terima? Berbincang dan bertolak-ansurlah, kitakan orang muda, harus mengalah kepada yang lebih tua…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan