Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Selasa, 7 Disember 2010

Berwaspadalah kepada 4 perkara

Terdapat 4 perkara yang membuat hidup kita sukar, perasaan menjadi tertekan dan dada sesak. Iaitu:

Pertama : Bersungut dan tidak menerima qadha dan qadar Allah

Kedua : Berbuat dosa dan tidak disertai taubat.
" Maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan(dari perbuatan salah dan berdosa)"
(Surah Asy-Syura : Ayat 30)

Ketiga : Irihati sesama manusia, muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan    
             dengki di atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka.
" Tidak akan merasa tenang orang-orang yang mendengki,"
(Hadis Nabi)

Keempat : Berpaling dari mengingati Allah 
             " Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk- Ku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit"
(Surah Taha : Ayat 124)
                                                                                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan