Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Selasa, 7 Disember 2010

Sabarlah dengan musibah

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana di kesempatan ini terdetik di hati saya untuk berkongsi bersama rakan-rakan semua dalam mengerti hikmah sabar setiap kali kita ditimpa sebarang musibah. Sebagai umat manusia yang telah dikurniakan oleh Allah s.a.w dengan pelbagai kelemahan, berlakunya musibah sedikit sebanyak menyebabkan hati kita begitu terluka. Tidak salah kita menitiskan air mata apabila kita ditimpa musibah. Ingatlah bahawa air mata juga adalah satu nikmat kepada diri kita sebagai manusia untuk mengerti apa erti kehilangan, kesakitan dan kesedihan. Walaubagaimapun, tangisan ini bukanlah satu jalan untuk kita mengambil keputusan supaya kita sentiasa berendam dengan air mata. 

Disinilah letaknya kunci keimanan kita di mana Allah akan menguji sekuat mana iman kita terhadap Allah yang Maha Esa. Bagaimanakah cara kita untuk mendapatkan kedamaian? Adakah dengan mengisi masa lapang kita dengan bermain bola di padang?berjoging di taman permainan?menonton televisyen?.. Sehingga ada yang mengatakan jika dia merasa stress(apabila ada masalah yakni musibah), mereka akan melepaskan stress ini dengan makan coklat dengan sebanyak-banyaknya, tidur tanpa mengenal waktu, berkurung di dalam bilik, bermasam muka, tidak mahu bercakap dengan sesiapa dan sebagainya lagi.


Ingatlah, walau ada yang dapat menangani perasaan sedih dengan melakukan perkara ini tadi, sedarlah kita bahawa cara itu, hanyalah bersifat sementara sahaja. Sampai bila kita harus makan coklat, sehingga berat badan kita naik dengan mendadak. Sampai bila kita harus berkurung dalam bilik sampaikan langsung tidak ingin bersua dengan sesiapa sahaja. Sampai bila juga kita perlu bermasam muka sehingga muka kita akan cepat kedutnya. Maka di sinilah,  marilah kita mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi sebarang musibah yang diberikan oleh Allah s.a.w ini dengan tenang demi mencapai keredhaan dari-Nya.


Bagaimana kita harus mencari kedamaian dan ketenangan yang hakiki??
Caranya mudah sahaja bagi yang benar-benar ingin mencari ketenangan yang hakiki. Hakikatnya "bersabarlah". Sekuat manapun, sebanyak manapun ujian yang Allah berikan kepada kita, terimalah. Dan ucapkan "Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un". InsyaAllah hati kita akan tenang.


Sebagai hambaNya juga, besarlah kiranya kita mendapatkan ketenangan dengan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. Ini kerana kedamaian hati seseorang hamba adalah apabila ia tenang bersama Allah.
Allah ada menyebut tentang ketenangan ini dalam beberapa tempat di Kitab-Nya iaitu:

"Kemudian Allah menurunkan semangat dan tenteram kepada Rasul-Nya dan hamba-Nya yang beriman"                                                                                            (Surah At-Taubah : Ayat 26)


"Lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka"
                                                                      (Surah Al-Fath : Ayat 18) 


Maka, ketenangan yang paling dicari adalah keterpautan hati kita kepada Tuhan, kepercayaan hati yang sangat kuat kepada Yang Maha Pengasih, atau ketenangan nurani kerana bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa.


Ketenangan adalah kedamaian emosi yang tidak memberontak. Ketenangan seperti ini adalah keadaan tenang yang boleh dicapai oleh orang-orang yang beriman, yang menghindarkan mereka daripada kebingungan dan tekanan, keraguan dan was-was dari hati sesuai dengan tahap penggantungan hamba kepada tuhan-Nya.


Sesungguhnya bersabar dan bertawakkal adalah kunci utama bagi setiap orang yang beriman dalam mengharungi segala ujian dari-Nya.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja, yang akan disempurnakan pahala mereka yang tidak terkira banyaknya"
                                                                                                              (Surah Az-Zumar : Ayat 10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan