Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Khamis, 9 Disember 2010

Ibu bapa satu anugerah

Ibu bapa, itulah anugerah yang Allah berikan kepada kita dalam mengecapi kehidupan kita di dunia ini. Siapalah kita tanpa ibubapa kita. Sebagai anak, kita haruslah menghormati ibubapa kita kerana telah banyak pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kita dari kita masih kecil sehinggalah kita mengecapi hidup seperti sekarang ini. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, menyusukan kita dan memberi kasih sayang yang cukup melimpah ruah, sehinggakanl seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menghinggap badan kita pada waktu kita masih kecil. Itulah pengorbanan si ibu. Manakala seorang ayah terus bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan kita. Begitulah besarnya pengorbanan mereka..

Sebagai seorang anak, maka besarlah harapan ibubapa kita supaya anak mereka dapat mengerti pengorbanan mereka. Bukan wang yang diperlukan, cukuplah sekadar menziarahi mereka sekiranya kelapangan, menelefon ibubapa sekiranya tidak dapat menziarah mereka dan menghadiahkan ucapan ‘terima kasih’ di atas pengorbanan mereka kepada kita selama ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 

Berbahagialah kiranya, ibubapa kita masih hidup di dunia ini.  Masih sempat untuk kita berbuat baik kepada mereka. Rebutlah peluang ini, sementara umur mereka masih panjang.  Hormati  mereka. Bersikap baik pada mereka. Berlemah lembutlah pada ,mereka.  Balaslah  jasa mereka dengan ikhlas sebagai seorang anak., Jika tidak, sesal memakan diri. Bagi yang telah kehilangan ibu, atau bapa atau kedua-duanya sekali, kita masih boleh memberi kasih sayang kita dengan menyedekahkan mereka Al-Fatihah, dan mendoakan agar roh mereka di tempatkan di antara golongan mukminin.

               Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Semoga kita semua dapat menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga hidup kita sentiasa diredhai Allah s.w.t hendak-Nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan