Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Sabtu, 13 November 2010

KATEGORI DIAM

Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang yang langsung tidak memberi sebarang respons. Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja. Tidak bercakap ataupun senyap dan membisu seribu kata. Apabila keadaan ini berlaku, kita semestinya akan rasa kurang senang dengannya.
Peribahasa Melayu ada menyatakan, “Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat” yang  memberi  makna diam orangberilmu itu berfikir, sementara diam orang bodoh itu sia-sia sahaja.
Berikut kita lihat jenis-jenis diam.
  • Diam Semulajadi Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas. Si pemuda pun memulakan pertanyaannya  dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya atau belum, namun gadis ini hanya tersenyum sahaja. Pemuda ini terus mendesak si gadis untuk memberi respons. Tiba-tiba gadis tadi bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa-rupanya gadis itu seorang yang bisu. Inilah yang dikatakan diam semulajadi.
  • Diam TerpaksaZaman kita kecil dahulu, apabila ibu atau ayah kita sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, kita akan disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk ketika orang tua sedang  bercakap. Jika kita menyampuk dikatakan kurang  ajar pula. Jadi, terpaksalah kita diam takut dimarahi.Inilah dikatakan diam terpaksa.
  • Diam Bodoh Sering dalam kelas, guru memberi penerangan dan akan melihat reaksi anak muridnya. Apabila ditanya “ Faham semua?’, namun semua murid diam tanpa sebarang jawapan. Inilah dikatakan diam bodoh namanya kerana , tidak tahu samaada mereka faham atau tidak. Ada yang berpendapat, kalau kita tidak bercakap, orang tidak tahu tentang pengetahuan kita mengenainya. Cubaan untuk memberi pandangan kita, hanya akan menunjukkan kebodohan kita. Maka lebih baik diam sahaja. (Hehe… ni biasa la dulu time skolah-skolah kan…. )
  • Diam MalasSeseorang yang ada banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan yang bernas, namun tiba-tiba dia tidak memberikan sebanrang kata-kata walaupun dipaksa. Dia malas untuk mencadangkan apa-apa pun, kerana katanya jika cadangan itu diterima nanti, dialah yang  akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanaknnya. Jadi lebih baik diam saja.
  • Diam MarahDiam marah ini ada baik dan buruknya. Jika berlaku perbalahan atau pertengkaran , diam itu lebih baik dengan harapan perbalahan itu tidak berpanjangan. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan yang l ebih buruk lagi. Dalam keadaan yang lain pula, jika memendamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara negative kepada diri kita seperti strees yang akhirnya akan memudaratkan tubuh badan kita sendiri. Oleh sebab itu, diam marah ini bergantung kepada  keadaan dan situasi.
  • Diam MerajukKita sering mendengar kata-kata seorang ketua kepada orang bawahannya bahawa dia sangat terbuka. Namun apa yang sering berlaku, usul yang diutarakan oleh pekarja bawahan ditolak mentah-mentah. Akibatnya ungkapan yang keluar ialah “ kalau kami cakap pun tak guna, bos sahaja yang betul. Labih baik kami diam.” Ungkapan ini menjelaskan diam itu kerana hatinya sudah merajuk, maka tidak perlu bagi respons lagi.
  • Diam SombongKadangkala seseorang itu tidak dilayan sewajarnya hanya kerana perbezaan darjat. Ini sering berlaku kepada orang  bawahan atau dikatakan orang biasa. Apabila mereka mengemukakan sesuatau usul atau cadangan, dia tidak dilayan atau didengari. Orang berkenaan memilih untuk diam sahaja kerana baginya buat apa dilayan orang yang tidak sama level. Dia rasa terhina jika dia meberikan layanan. Pada sangkaannya dia tidak mengecilkan hati sesiapa jika dia berdiam diri sahaja.
  • Diam EfektifDiam ini baik sekali kerana diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu atau masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat “diam-diam ubi berisi” dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan