Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Khamis, 25 November 2010

Mintalah doa dengan Allah S.W.T

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Puji bagi Allah yang Maha Pengasih, Penyayang dan Pemurah terhadap hamba-hambaNya, sehingga kepada kita sebagai umat yang lupa dan kurang pengertiannya bahawa Allah itu Pencipta segala sesuatu. Kita  diperintah mendoa, meminta kepadaNya segala sesuatu yang dihajatkan oleh kita, kemudian Allah berjanji mengkabulkannya.
Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud:
“ Mintalah kepadaku, pasti aku mengkabulkan permintaanmu”

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
“ Bahawasanya, orang yang mendoa itu tidak akan luput dari salah satu antara 3 perkara, meskipun tidak sama dengan apa yang diharapkan:”
  1. Diampuni dosanya
  2. Diberikan kebaikan dengannya
  3. Diberi kebaikan yang dikemudiankan

ADAB BERDOA

Adab berdoa ada 10 jenis iaitu :
  • Meneliti waktu maqam ijabah, misalnya hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sesudah sembahyang malam.
  • Dalam waktu yang mulia, misalnya ketika berperang, dalam sembahyang pada waktu azan dan iqamat, tengah berpuasa, kerana sakit atau dianiaya dan sebagainya.
  • Mengadap kiblat sambil mengangkat kedua belah tangan.
  • Melemahkan suara
  • Tidak bersajak(menyanyi)
  • Merendahkan diri, tekun dengan perasaan penuh cinta dan takut
  • Meneguhkan hati bahawa doanya pasti akan dimakbulkan
  • Bersungguh-sungguh dan diulang 3 kali.
  • Dimulai dan diakhiri dengan Alhamdulillah dan selawat
  • Membaca syahadah dan taubat dahulu.
Insya ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan