Renungkanlah…

" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,

Andai diri tidak sehebat Sulaiman,

Mengapa mengharap teman setampan Yusof,

Jika kasih tidak sehebat Zulaikha,

Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,

Andai diri tidak sehebat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup,

Bak Siti Khadijah

Kalau diri tidak sesempurna Rasulullah… "

JOM TENGOK!!

Isnin, 15 November 2010

Waktu-waktu Mustajab Doa



Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk kita mencapai sesuatu hajat. Doa juga merupakan penghubung antara kita dengan Maha Pencipta sebagai hambaNya. Berikut ingin saya kongsi dengan semua waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-
- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat 
  ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari 
  pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib
- Ketika mendengar ayam jantan berkokok

Sama-samalah kita berdoa sekiranya kita memohon sebarang hajat daripada Allah s.w.t. InsyaAllah, Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya. Moga kita tergolong di dalam golongan mukminin dan sentiasa mendapat kerahmatan daripada Yang Maha Pencipta. Amiiinnn….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan